Wish for you


I made this widget at

Thursday, March 1, 2012

Dah lega

Assalam.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah, sebelum masuk study, bengkak mata aku dah lega. :) selepas buat operation hari tu dan buang segala bengkak2 tu, akhirnya mata aku tak bengkak lagi selepas sebulan menanggung derita. hahaha. First time aku kena operate mata, dokter tu kata muka aku pucat gila. Memangla dok ketaq kot. Tapi dokter Sokhalingam tu buat dengan baik. Alhamdulillah semua selamat

^_^

Wednesday, February 29, 2012

(^_^)v

Bismillah.

Dah lama rasanya tak update blog ni since bila entah. Actually, aku dah nak sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda. Alhamdulillah dapat meneruskan pembelajaran. Harap2 dengan bantuan dariNya segalanya dipermudahkan dari segi zahir mahupun batin. Aku tahu belajar di peringkat ijazah tidak sama level dengan diploma. So, kena ada daya usaha yang lebih untuk mendapat result yang cemerlang. Dalam masa itu jugak, kita mesti tidak melupakan pencipta kita untuk mendapat keberkatan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Semoga aku mendapat segala keberkatan dariNya dalam masa aku menuntut ilmu di sana nanti.

Dalam masa cuti 4 bulan ni macam-macam yang aku buat dan belajar. Kadang2 muhasabah diri sendiri. Beringat bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan bila-bila masa kita akan dipanggil pergi. :[ (Allahhumma hasibni hisaban yasira). Besides, aku ada jugak pergi berniaga barang-barang dari sabah boleh la dapat income sikit2 guna masa cuti ni untuk jalan. Hehe. Ok lah, saja update sebab lama tak update. ok bye

Assalamualaikum ^^

Sunday, January 15, 2012

:)

BERITA BAIK.

(99) حَتَّى إِذا جاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قالَ رَبِّ ارْجِعُونِ َ
Hingga kelak bila maut telah datang kepada masing-masing mereka, dia akan berkata: Tuhanku; kembalikan sajalah aku ke dunia.

(100) لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ
Supaya aku kerjakan amal yang shalih, yang dahulu telah ku­tinggalkan. Tidak sekali-kali! Itu cuma kata-kata yang diucapkan­nya saja. Sedang di belakang mereka telah ada barzakh (din­ding pembatas), sampai kelak kepada hari mereka akan di­bangkitkan...

mana berita baiknya?

berita baiknya..kita masih bernyawa..

ayuh bangun kerjakan solat dan beristighfar dan berselawat..

jgn tunggu esok hari kerana mungkin esok kita telah menjadi spt mereka yg disebutkan dalam ayat diatas..

Ustaz Azhar Idrus 2012

Friday, May 27, 2011

New beginning

Salam. It is already at the end of semester break. Tak rasa macam cuti pun sebab sat sangat dengan ada program time cuti hari tu. Tapi sempat jugak meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Spend masa sembang2, walaupun tak sempat jalan2 disebabkan jadual my parent yang sangat padat lewat petang, malam and cuti ja ada kat rumah. Tak apa, janji ada masa untuk diluangkan bersama jadi la. Balik rumah ni ada jugak something yang dipelajari iaitu di mana pun kita berada jaga nama baik keluarga. Sikap dan tingkah laku tu mesti kena jaga even kita tak pandai pun tapi akhlak kita terbaik itu sudah menjanjikan kebahagiaan untuk keluarga kita. Benih yang baik tu kalau kita letak kat mana2 pun tumbuh elok juga. Jaga akhlak bila kita kat mana2pun. Insan yang cemerlang bukan saja di evaluate melalui pelajaran dia saja bahkan akhlak dan sahsiah tu pun kena jaga. Baru kita boleh membahagiakan kedua ibu dan bapa kita. :)

Adik aku Afif Faiz pun dah sambung belajar kat matrik penang. Hopefully dapat apa yang di idamkan. :) Abang (Akmal Hayat) tengah menempuhi peperiksaan kt imperial college tu. All the best k. Mama, selamat masuk sem baru. Kita lawan lagi pointer tu. hehe. Selamat berassignment jugak. :)

And for me, all the best for semester 5. Maintain your CGPA at least dapat apa yang dicita-citakan. Start of the new semester means start of a lots of assignments, tests quizzes and knowledge.



...All the best to all...
...You are the person who choose your own way. Make it the best one...
(^_^)

Semester 4. Overall

Salam. Alhamdulillah. I've finished my semester 4. A lots of dugaan and cabaran yang ditempuhi. It is normal since nama pun hidup kan? Life long learning. Sepanjang hidup kita belajar kenali diri, cari identiti sebenar diri, Who you are? What kind of person are you. Try to be matured since umur pun dah 20. :) Sebenarnya aim sem 4 ne nak regain my DL. :)

Sepanjang semester 4 ni alhamdulillah overall ok but ada jugak yang tak ok on certain things. Bermula semester 4 dengan aku meletak jawatan sebagai exco kerohanian DiPAC disebabkan ada masalah tertentu. Minggu ke2 diberi pulak jawatan ketua projek program akademik tahun 2. Terima kerana nak jadikan satu pengalaman macam mna rasa bila ada dekat high post, controlling all the committee members and making decisions. Overall program tu berjalan dengan lancar but ada masalah dekat bujet. Terlebih RM 170. X apa, benda boleh settle. :) Committee bekerja dengan bagus but ada jugak yang tiba-tiba bising dekat aku kata macam mana nak buat ni, tak ada orang nak bagitaw apa specification yang nak kena ada. Dia yang tak tanya orang. Jenuh semua org nak bagitaw, attend meeting pun x. Haha.. Tutup cerita pasal program akademik.

Program akademik tahun 2.


Lagi program yang aku jadi committee ialah program Persidangan Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (PMFSPPP) SeMalaysia 2011 yang diadakan di UiTM Kedah. Dalam persidangan ni lagi la banyak benda yang dipelajari. Indeed. Lots of things. Sangat bertuah even handle bahagian makanan saja. Mungkin 1 hari nanti boleh terlibat dalam bahagian sidang pleno pulak. :) InsyaAllah. :) Dalam persidangan ni 10 resolusi dibentangkan kepada dekan fakulti dan 9 daripada 10 diluluskan dan 1 masih ditangguh. Dekan fakulti ada jugak kata dalam speech dia yang 2014 ni FSPPP akan buat program baru which are Diploma in Corporate Admin, Master in Corporate Admin dan Bachelor of Admin Science akan terbahagi kepada 4 bahagian. 1 ja yg aku ingat iaitu public policy. haha. Fakulti pun akan berpindah tempat.
Dapat juga berkenalan dengan senior2 Bachelor Admin Science yang belajar kt UiTM Kedah bila kerja sama2 dan boleh rapat gitu. Antaranya Umar (abang long) mantan YDP MPP, a'arn (zizan) walaupun tua sangat perangai macam budak2. haha.. dan kakak2 and abang2 yang lain.

Semester 4 ni dengan kwn2 overall ok, but ada jugak yang tak ok since susah bila nak ckp directly. sebab kawan2 kan.. Nanti ada yang terasa dan tarik muka. Btw, ok lah. Bahagian exam pulak alhamdulillah boleh jawab dengan baik sekali walaupun jadual yang sangat padat. No gap. But, thanks to all the lecturers that taught me in this semester. Result given by all the lecturers pun overall ok and ada jugak yang tak ok. Maybe i deserve it. Ada jugak yang tak jangka A boleh dapat A sebab jwb sat sangat paper tu. Keluar awal pulak tu. Alhamdulillah. Dapat apa yang di Aim semester 4 ni.

Antara aktiviti bersama sem ni:



Actually banyak lagi boleh tulis but ini dulu lah.
...End of Semester 4...
(^_^)