Wish for you


I made this widget at

Wednesday, June 24, 2009

Gender dengan jantina? Ada beza ka?

Assalamualaikum.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada bulan Rejab tahun 1930 Hijrah. Semoga rakan2 semuslim saya berpuasa sunat pada hari ne ye!! Semalam saya ada terbaca satu buku. Di dalam buku tu menerangkan tentang peranan lelaki dan wanita untuk merialisasikan impian yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad iaitu wawasan 2020.
Dalam buku tu ada menyatakan gender dengan jantina tu tak sama. Pelik gak la. Sebeb kalau saya isi borang apa2 pon yang meminta butiran jantina/gender dan ada kadang2 jantina/sex saya boh lelaki ja. Sebenarnya ada juga perbezaannya dari sudut ilmu.

Definisi gender ialah persepsi, perlakuan dan tindak-tanduk individu masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi yang mana membezakan peranan, tanggugjawab, pengagihan kuasa' pengagihan sumber2 dan hak2 di antara lelaki dan perempuan. Jadi, gender ni berbeza dengan jantina kerana tidak diitentukan secara biologi. Ianya berbeza dari sudut budaya ke satu budaya dan boleh berubah mengikut masa.

#######################################################
PERBEZAAN ISTILAH GENDER DAN JANTINA DARI SUDUT ILMU

Dari segi biologi, jantina bermaksud perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi rupa paras, bentuk badan, kromosom, hormon dan yang seangkatan dengannya lah. Jantina tak boleh berubah. Memandangkan gender adalah berdasarkan persepsi, ianya boleh diubah melalui proses sosialisasi dan tindajan arfimatif iaitu dasar, polisi, kuota dan lain2.


#######################################################
HURAIAN TENTANG GENDER

Dalam kebanyakkan budaya dalam dunia ni, selalunya budak lelaki digaakkan bertindak dan membuat segala perlakuan dengan sifat kelelakiannya kan. Begitulah sebaliknya bagi budak perempua. Saya ambil alat permainan sebagai 1 contoh. Budak lelaki ni lebih prefer untuk bermain dengan permainan yang ada advanture seperti senapang,pistol dan lain2 lagi la. Manakala, budak perempuan pula lebih prefer untuk bermain anak patung seperti Barbie Doll dan macam2 lagi la yang seangkatan dengan barbie doll 2. Kanak2 ne mempelajari peranan gender ne sejak dari lahir lagi. Mereka mempelajari bagaimana mereka sepatutnya berkelakuan bagi membolehkan mereka dilihat oleh orang lain, dan juga diri mereka sendiri, sebagai maskulin (bagi lelaki) dan feminin (bagi perempuan). Sepanjang kehidupan mereka, mereka mengikut tindak tanduk yang ditonjolkan oleh ibu bapa, adik beradik, guru, saudara mara mereka dan juga masyarakat umum.

Dalam biologi kita ada diberitahu tentang stereotaip yang bermaksud ciri2 seseorang yang boleh dilihat secara zahir kan? Stereotaip gender adalah kepercayaan yang dibuat secara umum terhadap peranan jantina dalam masyarakat. Stereotaip gender adalah berbeza mengikut 4 dimensi iaitu ciri2, peranan tingkah laku, keadaan fizikal dan pekerjaan. Sebagai contoh, lelaki selalunya dilihat lebih agresif dan suka bersaing, manakala perempuan pula sering dilihat sebagai pasif dan suka bekerjasama. Ini berkait rapat dengan sikap feminin dan maskulin mereka.

Kesimpulannya di sini, saya ingin menyatakan bahawa gender dan jantina itu adalah berbeza dari sudut ilmu kerana gender itu berkait dengan persepsi seseorang tentang sifat2 bagi lelaki dan perempuan dan jantina itu adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi hormon, kromosom, bentuk badan dan rupa paras. Sekian.


2 comments:

bina badan said...

Jom Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Disini....Agar Anda Kelihatan Lebih Kacak Dan Macho....
Jangan Segan2..Milikilah Badan Impian Anda Sekarang.....

Faizah Elzehra said...

assalammualaikum.. maaf nak tumpang tanya, apa nama buku yang menjadi rujukan saudara tu? maksud saya buku tentang gender dan jantina tu>>