Wish for you


I made this widget at

Saturday, December 25, 2010

KTU ~JULY-NOV 2010~

Salam.. Haa.. Post ne saja nak kongsi-kongsi kenangan aku masa kat Kolej Taman Universiti (KTU) dari July-Nov tahun 2010. Walaupun hanya 5 bulan, tapi banyak kenangan. Sem depan (4) dah dok kat rumah sewa dah. X dok kat KTU dah. :)

First-first sekali. Benda yang selalu mengingatkan aku kepada KTU tu ialah lagu Dear God-Avenged Sevenfold yang nyanyi. Sebabnya, masa aku kat sana, selalu buka lagu nih. :) Roomate aku Mohd Asyraf. Housemate zul, ejat, faris, naim ngn sayuti khan. Kami budak2 pentadbiran awam ambik 2 buah rumah. Lagi sebuah tu mizan, acap nyet, shah, wazir, hisham, syahir gn deq wan. Selalu kami lepak2 sekali... Macam2 lah kami buat bersama.. haha.. contohnya..



haa.. ne first event kat sana. Futsal Geng2 KTU DPA part
3 dengan Geng2 futsa
l KTU DSK.
Lepas futsal geng2 DSK balik, kami bercadang nak bersantai kat penang. Lepas tu p lah kami 6 org (Aku, zul, deqwan, acaproy. acapnyet n wazir)


haa. ne msa kat penang.. persiaran gurney.




nee kat QB mall. Jalan2 ja..

***************************************************

Lepas tu majlis berbuka sama2. :)

meriah nih. ramai...

*****************************************************

Pi beraya pulak..
First2 skali hisham ajak p rumah dia.. Kami 1 batch p. haha.
Lepas tu p rumah aku pulak. Actually kenduri abang aku nak fly, kawan2 aku yang p rumah ramai.. haha.. 5 bijik kereta jugak lah. :D. Lepas tu p padang besar. Jalan2. Keesokan malam pulak ada jamuan raya dgn malam anugerah cemerlang course. Jadi, kami p jugak. :)

rumah hisham

otw nak p rumah aku.

dekat rumah aku nihh..

malam jamuan raya course. :)

*********************************************************

Lepas tu dah nak exam. Masa study week, p pantai merdeka. we've a dinner on that night at pantai merdeka. :)

haa... kat pantai merdeka utk release tension. hahaha..
Lps tu final lah. Masa final aku tak p mana2 pon. Dok ja kat rumah tu haa. Kalau keluar pon pi makan saja. Abeh semester 3.... :)


.......Full of memories.......



..The last week i'm home..

Assalamualaikum... Haaa.. Pejam celik pejam celik, dah nak habis dah cuti semester aku ni haa.. Tak sempat nak buat apa-apa.. Ingat nak cari kerja, x kesampaian jugak.. Sebab kena jaga adik aku si Danish tu. Mak ayah p kerja.. :) Jadi sekupang pon tak dapat lah cuti sem ne haa. Haha

Hurm.. Sem depan dah nak masuk semester 4. Result sem 3 pon jatuh banyak. Biasalah, main banyak sangat. Haha.. Sem depan pulak ada 6 subjek. 19 credit hours. Haa.. Kelas tiap2 hari start pukul 8. Memang terbaik lah. Haha.. Dengan Law, Statistic, ETR, Malaysian politic. haa...Ada lagi 2. x ingat. Macam mana pulak tak tau lah no.. Harap2 boleh bawak. Insyaallah.. :)

Dalam minggu lepas dengan 2 minggu lepas. Aku selalu tengok cerita Seruan Pulau Nami. Haha.. Ost dia Menanti Hikmah-Mawi yang nyanyi. Dok tengok cerita tu best la pulak. Elly Mazlien belakon. Walaupon sebelom ne tak selalu tengok tv. Kalaw tengok pon bola ja. haha. Kalau tengok movie sat ja dah terlelap. Cerita ne sebenarnya mengisahkan tentang seorang perempuan yang mana dia deceraikan oleh suaminya. Jadi si isteri tu nak sambung belajar kat korea. Kat pulau nami, tempat penggambaran cerita winter sonata dulu ha... Macam2 lah jadi. Kalau nak tau tengok lah sendiri ya. isnin-khamis pukul 4 petang. Saluran 105 astro prima. :D

Hehehehe.. so, ok lah... That's all. Thankyou. :)

Friday, December 24, 2010

Andai Dapat Ku Undur Masa

Rules:-

1. Put your music library on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.

4. The answer to #20 is the Title of your note. Feel free to do this, tag your friends and have fun!

**************************************************************************************************

1.If someone says, “Is this okay?” you say?
Anak Tupai-Halim Yazid

2. How would you describe yourself?
Doa Perpisahan-Brothers

3. What do you like in a guy/girl?
Careless Whisper-George Michael

4. How do you feel today?
Tak mungkin berpaling-Slam

5. What is your life’s purpose?
Akulah kekasihmu-Axl

6. What's your motto?
Taman Astakona-Slash

7. What do your friends think of you?
Terima Kasih-Awie

8. What do you think of your parents?
Always be there-Maher Zain

9. What do you think about very often?
I'm Yours-Jason Mraz

10. What is 2 + 2?
Patri-Jinbara

11. What do you think of your best/close friend(s)?
Never Gonna Be Alone-Nickelback

12. What do you think of the person you like?
Baby I Love You-Khai

13. What is your life story?
Warisan-Sudirman

14. What do you want to be when you grow up?
Tragedi Oktober-Awie

15. What do you think of when you see the person you like?
You Raise Me Up-Josh Groban

16. What will you dance at your wedding?
If I let You Go-Westlife

17. What will they play at your funeral?
Dia-Fauziah Latif

18. What is your biggest fear?
Kekasih Halal-Wali Band

19. What is your biggest secret?
When You Tell Me That You Love Me-Westlife

20. What will you post this as?
Andai Dapat Ku Undur Masa-Axl's



hahahaha... :D

Thursday, December 2, 2010

BLOG SAYA BERWAJAH BARU..

Salam.. :D haa... pada hari ini. saya sangat rajin. haha.. mengupdate blog setelah lama tak update dan kelihatan sangat banyak perubahan kepada blog saya ini. :) waaa... syiok2...

Sedar tak sedar dah 2 minggu lebih ada kat rumah ni haa.. apa nak buat pon tak taw kan. keja tidoq ja.. haha.. nak bejalan pon kewangan tak berapa nak kukuh.. haa.. kalau tak boleh dah p jalan2 haa.. Tapi tak apa lah. Luangkan masa dengan mak dan ayah pon best jugak. Haa.. Yang paling best tengok muka mak aku bila chatting dengan abang aku haa.. Begitu gembira seorang ibu dapat melahirkan anak seperti abangku itu. Walaupun belajar jauh2 sampai ke United Kingdom, masih mengigati keluarga di rumah. Respect sangat2. :) Seorang abang yang boleh menjadi contoh terbaik kepada adik2nya. Tambah2 dalam pembelajaran. Tapi tadi, masa baca yasin, aku merenung muka ayah dan mak aku. Memikirkan mereka yang telah banyak berkorban untuk diri aku dan adik beradik. Berlinangan air mata aku haa.. Tapi tak meleleh lagi lah.. Haha.. Hurm.. Kadang2 terdengar jugak perbualan mereka. Kalau yang menyentuh soal anak2, memang sangat sedih. huu.. Hurmm..

Hari ini jugak kawan rapat aku telefon, ingat saja2 nak bersembang macam selalu, apabila aku menjawab terdengar suaranya yang tidak bermaya untuk bercakap. Aku ingat dia demam lah. Tiba2 dia kata kat wad. Tekejut.. hurmm.. Saya doakan kamu cepat sembuh yaa dan sakit tu mintak2 lah tidak menyerang lagi. :) Jangan fikir masalah banyak sangat k.. :D

Setakat itu dulu saja lah kot haa.. k. salam semua..

Monday, November 8, 2010

Lama x post!

Assalamualaikum.

Akhirnya, dapat jugak wat post sebelum exam macroeconomics ne. hmm.. Semester 3 adalah semester paling malas aku. X tau lah sebab apa. Mungkin sebab kolej taman universiti ne terlalu selesa n terlalu jauh dari kampus kot. balik2 dah penat. Apa2 pon. Semester 3 ni banyak memberi pegajaran dekat aku. Aku juga insan biasa yang lemah. Kalau tak study, memang susah nak skor. Banyak benda yang aku tak tau lagi. Malaysian Legal System tu banyak nak kena hafal. Dengan kes2 nama macam2. haha.. tapi insyaAllah. I'll try my best lah.

Banyak jugak benda yang mengajar aku untuk lebih matang kalau nak hidup kat kampus ne. Sebab banyak karenah yang kita jumpa dan banyak orang yg kita deal. Problem tu jgn katalah x dak. Memang akan selalu bermain di fikiran. Sama ada personal dan bukan personal. Biasalah, hidup Kan? Laut pun ada pasang surut. Kekadang kita d atas n kekadang kita kat bawah. Kalau kat bawah tu cubalah untuk berada di atas kembali. Usaha dengan lebih tekun dan banyak2 lah berdoa. Solat jangan tinggal (pesanan utk diri sendiri sama) :) .

Terima kasih lah kepada kawan2 yang sentiasa menyapport diri ini. Aku ne pon x berapa sempurna untuk menjadi yang terbaik kan. Keluarga n kawan2 lah yang bagi aku jadi sempurna. Lagi terima kasih lah kepada close friend saya kerana talah banyak membantu diri ini di kampus. walaupun kekadang ada salah faham kan. tapi biasalah benda biasa. cuma apa yang penting jalan yg kita ambik utk menyelesaikannya. Think before take an action kn. :)

Semester 3 ni jugak aku harapkan pointer aku x jatuh banyk. Kalau jatuh pon biarlah 'still there' lagi... Dengan banyak benda nak d fikirkan. kena bayar saman 4 kali speed trep lak tu. haha. lain kali x bawak laju dah. 109 ja kat highway tu. 115 pon dah kena tembak. sedih btol.. hmm. haha..

Ok. Sampai di sini saja. All the best 4 everyone k.

Wednesday, March 31, 2010

Sudah terasa....

Assalamualaikum

Hmm. Tinggal 3 minggu lagi ja nak exam. Dah kena wat preparation ne. Hee. Subjects that i take this semester agak tough laa. Tambah-tambah account dgn politic and government. Politic and Government tu bukan apa, tapi bru blajar chapter 3 ja pon. Semua ada 8 chapters kot. Banyak lagi tu. Ada nak sempat cover sampai chapter 8 dalam masa tiga minggu. 3 chapters pon ambik masa 3 bulan. hahaaha. Hmm. Apakah ertinya itu. Kena cari elaboration dgn contoh sendiri la jwbnya.. hee.

Result utk sem ne agak ok la. Tapi BEL yang masalah sikit. Tak berapa reti sangat skill2 dalam english ne. Tambah2 speaking tu. Huh. Terkial-kial bila cakap. Hee. Erm. Apa-apa pon gud luck la.

To all matrix students, Gud Luck for all of u utk 2nd sem final. Buat betul2. Tambah2 anak-anak buah 5 ikram aku nee. (Abdullah Ameer, Syahmi Hadi, Muhammad Fathi, Siti Dzulaikha, Nor Hanan, Ili Liyana, Nor Haslina, Nasihah, Syifa Liyana, Aina Qistina, Bashiroh dan semua la Matrikulasion Students. K. Usaha+doa+tawakkal+solat=falah... :)

K. Sekian saja. Salam

Thursday, March 18, 2010

CARAVANSARY

...CARAVANSARY...

Once a long long time ago
setting out find our dreams
lost in memories
of golden days
sometime rising in the spring
glowing shining game the sun
golden days means
come to till return
those who know the fire burn
try to find forever the dream
try to find forever the way
My way

Caravan journey in the sky
As the sun comes out
From the day
Caravan we know
Who we are
We discover
Where we went
Oh ohh caravan
There we find the love
Love shimmering
And soon our love
Is trough

Come with me
And take my hand
Memories of
Past unfold
And with I lived
Them once again
From my fading
Heart my hand
Feel my walk
In love with him
And I wander when
The spring will come
Do we ever really
Know for sure
Will we travel
On and on
Someday we'll be
Standing up
From today

Caravan journey in the sky
As the sun comes out
From the day
Caravan we know
Who we are
We discover BIS
Where we went
Yeah caravan
There we find the love
Love shimmering
And soon our love
Is trough

Wednesday, March 17, 2010

Minggu test neh

Assalamualaikum..

Nampaknya minggu ne aku sangat berdepan dgn banyak masalah. Termasuk test, assignment presentation dgn masalah2 dalaman. macam2 lah. Munggkin minggu ne aku telah tersimpang jauh dariNya. Melawat-lewatkan solat.. X mendengar al-Quran dah. Hmm. Munggkin dengan masalah yg Dia beri kat aku Dia nak menyedarkan aku supaya lebih mengigatiNya. Insyaallah. aku akan cuba mendekatkan diri kepadaNya... Tolonglah ringankan bebanku ya Allah..

That's true...

JUST FOR YOU

It's hard to believe
That I couldn't see
You were always there beside me

Thought I was alone
With no one to hold


But you were always there beside me
This feeling's like no other
I want you to know


That I've never had someone that knows me like you do
The way you do
And I've never had someone as good for me as you
No one like you
So lonely before I finally found
What I've been looking for

Monday, March 15, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Of course it is very painful.

Assalamualaikum..

Dalam minggu ne saja, aku telah dihadapkan dengan banyak kerja termasuklah quiz, test, assignment and presentation.

Masa tadi dalam kelas government and politic, kami ada berkongsi tentang issuence of writ within election process, amendment of constitution (US constitution) and the function of Election Commission today. Yang paling aku minat sekali ialah function of Election Commission in election today. One of my friend ask the presentator about the election commission. Adakah suruhanjaya pilihanjaya sekarang ne masih ada ketelusan. Ketelusan ne maksud dia macam adakah mereka ne bais to government as we know the officer of the place that the election occured is one of the government servants. When there is a government servants, they must be bias toward the government. This mean, they will count the votes if either government loss in term of small majority, they will add up to give the government win for that constituency.

Lepas tu, saya pon mengeluarkan pendapat saya tentang the counting of votes that done by the election commission. In my research, i've found that orang yang bertanding untuk parti masing-masing mempunyai 2 orang wakil mereka tersendiri untuk memantau undi yang yang dikira oleh SPR/EC. Jadi, susahla for that men to be bias. Hmm. Jadi macam mana pendapat pembaca semua? Adakah Suruhanjaya Piliharaya Malaysia ini mempunyai ketelusan dalam pengiraan undi kerana Officer untuk sesuatu tu juga adalah government servant. Apakah mereka bias untuk kerajaan ataupun mengira undi tu dengan adil?

Fikir2kan lah status negara kita sekarang. :)

Dunia blogger semakin dilupakan.

Assalamualaikum.

Setelah lama tak update blog ne, terasa hati pulak pada malam ne untuk nak update blog aku ne. Hmm. Tajuk kat atas tu pon macam best ja dengar kan. Haha. Ne pada pandangan saya lah. Dunia blogger semakin dilupakan setelah facebook wujud sekarang neh. Boleh dikatakan semua ada lah kat facebook sampai kita boleh share macam-macam dengan sahabat dan saudara-mara kita. Contohnya, video, gambar, artikel2 menarik dan macam-macam lagi. Dah nama pon social website kan. Macam-macam lah kita boleh buat dengannya mengikut kehendak kita sendiri. Hal ini menyebabkan, para penulis blog ramai yang telah cenderung untuk berkongsi di facebook instead of menulis apa jua yang terdapat dalam hati mereka di dunia blogger ini.

Saya sendiri terasa akan perubahan ini dimana kelihatan blog-blog yang di update tidak lagi kelihatan drastik seperti dulu. Kalau dulu, setiap hari saya boleh melihat link-link di blog saya ne meng'update' blog mereka sendiri. Tetapi sekarang, seminggu hanya beberapa blogger ja yang mengupdate blog mereka. Nak kata sibuk selalu ja nampak online kat facebook tu. (Termasuk diri penulis lah). :) Apa-apa pun. Apa jua medium yang kita guna untuk menyampaikan atau berkongsi sesautu yang baik, ianya adalah satu gerak kerja yang baik dan jika diniatkan kerana Allah ia akan membawa pahala:).....

Sekian sahaja. Tq Wassalam

Wednesday, March 3, 2010

Lata Mengkuang, Sik Kedah

Assalamualaikum, Last Friday(26 Februray), my friends and i have go to Lata Mengkuang, Sik Kedah. We went there just for having fun and camping. Walaupun kerja banyak, assignment, test, quiz dan macam2 lg, kami sempat lah mengreleasekan tention kami neh dgn camping bersama-sama. Walaupun hanya 9 org(aku, zul, faris, zack, acap, wazyr, apis, naim, syahir), ianya amat memuaskan kami sebab dengan tempat yang sejuk, dalam hutan sampai tersesat sat kat dalam hutan sik neh sebelum sampai kat air terjun ne. Penunjuk arah terlupa simpang. hmm. Nasib baik sampai jugak.

Sebelum Bertolak
Lata Mengkuang, Sik


Memang best la hari 2. :)

Sunday, January 17, 2010

17 January 2010

Alhamdulillah. Aku dikurniakan nyawa olehNya sehingga sekarang.

Sekalipun banyak sangat dugaan yang aku perlu lalui, aku harap diri aku ne tabah dalam menempuhi semester 2 ni. Aku harap Allah terus memberikan aku kekuatan dalam menempuhi semester 2 ne. Sesungguhnya aku ini adalah insan yang lemah yang mengharapkan hidayah dariNya untuk membantu diriku terus berdiri dengan yakin (full of confident) di atas muka bumi Allah ni sebagai khalifahNya.

Mengapakah ujian yang Engkau berikan terlalu berat buat hatiku ini untuk menerimanya?
Mungkin sebab aku telah tersimpang jauh dari jalanNya. Mungkin juga cara aku ni salah dalam menerima hidayah daripadaNya.?

Wednesday, January 13, 2010

Semester 2

Assalamualaikum,

Salam hijrah, Salam tahun baru..

Faiza 'azamta fatawakkal 'alAllah innAllah ha yuhibbu mutawakkilin.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ne memberi seribu keinsafan dan azam yang baru untuk kita lalui tahun ini.

Semester 2 ne agak mencabar la untuk aku lalui. Huh. Subjek public administartion.. Sampai sekarang aku tak tau apa benda 2. Kena banyak menghafal jugak laa. Lagi banyak dari semester lepas... Hee T_T..Ne subjek yang aku akan ambek semester ne:

1. Accounting 1
2. Politic and Government
3. Principle of Public Administration
4. Islamic Thought and Civilization
5. Microeconomic
6. Prepairtory course for MUET
7. Volleyball

Haa. Semester ne aku kena ambil kokurikulum. Kalau semester lepas aku dikecualikan sebab PLKN. Jadi kena turun kokurikulum pulak r. Hari jumaat petang pulak tu. Memang terbaik rr. Haha. Benda ne pon penting jugak sebab dikira pointer. Kalau teruk, susah la. emm. benda ne 1 jam kredit ja. X pa la jugak. Hee.

Jadi bermulalah perjuangan aku semester ne dalam usahaku memantainkan pointer aku. Aku harap Allah, ibu bapa serta kawan2 membantu aku dalam usaha ku untuk mencapai. Semester ne aku jugak bercadang nak meninggikan self confidence aku lagi. Jadi dalam usaha aku untuk aku wat cam 2, mesti banyak barrier punya. Jadi, aku kena la ada way to overcome supaya aku ne boleh jadi macam lecturer yang x pernah berhenti bila cakap kat depan 2. Haha

OK. Setakat ne dulu.. =)