Sedar tak sedar, aku dah menjejakkan kaki dalam tahun 2011. Sudah makin tua dan sudah hampir dengan tarikh kematian. Pada tahun 2011 ni bermulahlah semester 4 aku dalam diploma pentadbiran awan. Azam semester 4 ni nak naikkan pointer supaya secure CGPA aku. Harap2 grad dengan first class diploma. Semester 3 main banyak sangat sampai pointer jatuh banyak.
Semester ni aku ambik 6 subjek sahaja. Malaysian politic, public sector quality management, entreprenuership, statistic, english for occupational purposes and administrative law. Semua ni kena hafal kecuali statistic. :D Bab2 menghafal ni aku lemah sikit. haha. Jadi pelan2 kayuh la orang kata...
Naik semester 4 ni kena banyak berjimatlah. Dengan masalah kewangan sikit memang tak tau nak cari duit kot mana dah. tapi apa2 pon bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang ni. sudah cukup mengisi perutku hari-hari. :) x payah lebih-lebih. heee. apa yang ada ni aku dah bersyukur. Terima kasih kepada parents aku yang selalu membantu dari belakang.
Semester 4 ni jugak aku dok dekat rumah sewa, kalau sem lepas duduk dekat kolej taman universiti. Agak jauh jugakla dari kampus. Sini dekat sikit. Jimat duit minyak. :)) tapi kena byr lah rumah sewa+air+elektrik+p1wimax. waaa.. Merbok dah dapat coverage. Jadi internet kat rumah aku ne dah laju. RM 99/6 orang. ok lar tu. drpada bayar personal brodband. :D
setakat itu saja kot. :) k. wsalam