Wish for you


I made this widget at

Thursday, March 1, 2012

Dah lega

Assalam.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah, sebelum masuk study, bengkak mata aku dah lega. :) selepas buat operation hari tu dan buang segala bengkak2 tu, akhirnya mata aku tak bengkak lagi selepas sebulan menanggung derita. hahaha. First time aku kena operate mata, dokter tu kata muka aku pucat gila. Memangla dok ketaq kot. Tapi dokter Sokhalingam tu buat dengan baik. Alhamdulillah semua selamat

^_^

Wednesday, February 29, 2012

(^_^)v

Bismillah.

Dah lama rasanya tak update blog ni since bila entah. Actually, aku dah nak sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda. Alhamdulillah dapat meneruskan pembelajaran. Harap2 dengan bantuan dariNya segalanya dipermudahkan dari segi zahir mahupun batin. Aku tahu belajar di peringkat ijazah tidak sama level dengan diploma. So, kena ada daya usaha yang lebih untuk mendapat result yang cemerlang. Dalam masa itu jugak, kita mesti tidak melupakan pencipta kita untuk mendapat keberkatan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Semoga aku mendapat segala keberkatan dariNya dalam masa aku menuntut ilmu di sana nanti.

Dalam masa cuti 4 bulan ni macam-macam yang aku buat dan belajar. Kadang2 muhasabah diri sendiri. Beringat bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan bila-bila masa kita akan dipanggil pergi. :[ (Allahhumma hasibni hisaban yasira). Besides, aku ada jugak pergi berniaga barang-barang dari sabah boleh la dapat income sikit2 guna masa cuti ni untuk jalan. Hehe. Ok lah, saja update sebab lama tak update. ok bye

Assalamualaikum ^^

Sunday, January 15, 2012

:)

BERITA BAIK.

(99) حَتَّى إِذا جاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قالَ رَبِّ ارْجِعُونِ َ
Hingga kelak bila maut telah datang kepada masing-masing mereka, dia akan berkata: Tuhanku; kembalikan sajalah aku ke dunia.

(100) لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ
Supaya aku kerjakan amal yang shalih, yang dahulu telah ku­tinggalkan. Tidak sekali-kali! Itu cuma kata-kata yang diucapkan­nya saja. Sedang di belakang mereka telah ada barzakh (din­ding pembatas), sampai kelak kepada hari mereka akan di­bangkitkan...

mana berita baiknya?

berita baiknya..kita masih bernyawa..

ayuh bangun kerjakan solat dan beristighfar dan berselawat..

jgn tunggu esok hari kerana mungkin esok kita telah menjadi spt mereka yg disebutkan dalam ayat diatas..

Ustaz Azhar Idrus 2012