Wish for you


I made this widget at

Wednesday, April 22, 2009

HARAP MAAF, NAMA ANDA TIDAK TERSENARAI....


Profession perguruan merupakan kerjaya yang paling mulia kepada semua individu muslim. Hal ini kerana bidang inilah yang akan memberikan didikkan awal kepada pelajar-pelajar yang masih kecil. Seusia 5 tahun, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan ilmu-ilmu yg berguna kepada mereka sendiri.. Niat di hati guru hanyalah 1 iaitu, memberikan anak murid-anak murid mereka mendapat ilmu yang mereka sampaikan dan beramal dengannya serta menggunakan ilmu tersebut untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Cheewah,
Skema ar pulak.

Em,
Sebenarnya penulis ne berminat jugak dgn profession perguruan. TAPI.... Dengan keputusan 5A 4B 2C jd macam ne pulak'HARAP MAAF NAMA ANDA TIDAK TERSENARAI UNTUK TEMUDUGA'.. Em. Yg tu la jadi penghalang cita-citaku untuk bergelar seorang guru matematik ataupun Ustaz yg mengajar syariah islam.. Sungguh sedih.. Em. Tak pa.. Hidup mesti diteruskan. Betul tak?? Kerana sekali anda gagal tidak semestinya selamanya anda gagal. Cuma, di dalam diri mesti ada kemahuan untuk terus berjuang bagi mencapai cita-cita yang diidamkan..

Tapi.. Jalan mana yang harus ku pilih?? Ke matrik atau bahagian UPU punya?? Sesiapa yang membaca post ne tolong ar bg pendapat.. Expecially my brother la. Minta kawan-kawan yang lain juga memberikan pendapat.. For the UPU, I hope i get Universiti Sains Islam Malaysia dalam kos Syariah dan Undang-undang.. Doa2kn ek. Tapi.. banyak sungguh tapi aih. Em. Diri ini juga merasakan program matrikulasi merupakan tempat yang lebih baik untuk belajar. Arghh.. Yg mna 1?? Jika ke program yg ditawarkan oleh UPU atau IPTA, ia memerlukan kos yang banyak untuk menampungnya. Kena la pinjam duit dari PTPTN. Jenoh pulak la kena bayar sampai RM26000. Bukannya cikit 2. Huh..Apa-apapun "a champion shows who he is by what he does when he's tested. When a person gets up and says 'I can still do it', he's a champion"

Jadi,
Kesimpulannya di sini, janganlah jadi macam saya di sini. Tu la. Masa SPM pun boleh main lagi. Kerja nak main futsal ja. Akhirnya jadi macam ne ar.Kepada adik-adik yang lahir pada tahun 1992 dan kebawah, jika terbaca post ini. Struggle in your SPM. SPM shows your future.
;)