Wish for you


I made this widget at

Tuesday, August 25, 2009

Madrasah ramadhan

Asslamaualaikum.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama dengan ramadhan kali ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak. Semoga penuh yee puasa kali nee. XD
Bulan ramadhan ne merupakan bulan yg mulia yang Allah S.W.T ciptakan untuk manusia. Nabi Muhammad S.A.W pernah berfirman sesungguhnya bulan Rejab itu adalah bulan tuhanku (Allah) Syaaban itu adalah bulanku dan Ramadhan itu adalah bulan umatku. Jadi.. Manfaatkanlah bulan yang dikurniakan kpd kita ne sebaik yang mungkin yee.
Kita boleh menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai madrasah ataupun sekolah kepada kita untuk dijadikan batu loncatan ataupun platform untuk kita berubah dan lebih mengenali diri kita disisi Allah S.W.T. Dengan amalan2 yg mulia seperti sedekah, solat terawih dan solat2 sunat yg lain boleh menwujudkan keinsafan di dalam diri kita. Sesungguhnya kita manusia merupakan salah satu makhluk Allah yg pelupa. Manusia dlm bahasa arabnya ialah INSAN iaitu masdar kepada NISYAN yang bermaksud pelupa. Oleh itu, manfaatkanlah madrasah ramadhan ini untuk menjadikan diri kita lebih sempurna.
SALAM RAMADHAN UTK SEMUA. manfaatkanlah bulan yg mulia ini sebaik mungkin.=)

No comments: